Karisma Car Rental Sdn Bhd menyediakan kereta pandu sendiri di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sejak 2002. Kaunter rasmi, permit sah dan harga yang jelas.
Pilih kereta dan jadual anda. Jumlah dikira serta-merta termasuk SST, kemudian tempahan dihantar terus kepada kami untuk pengesahan.
Semua kereta transmisi automatik. Harga untuk sewaan 24 jam, termasuk SST 6%.
| Model | Kategori | Tempat duduk | Harga sehari | |
|---|---|---|---|---|
| Perodua AxiaHatchback · Auto | Ekonomi | 5 orang | RM127.20 | Tempah |
| Perodua BezzaSedan · Auto | Ekonomi | 5 orang | RM137.80 | Tempah |
| Proton SagaSedan · Auto | Ekonomi | 5 orang | RM137.80 | Tempah |
| Honda CitySedan · Auto | Sedan | 5 orang | RM201.40 | Tempah |
| Toyota ViosSedan · Auto | Sedan | 5 orang | RM201.40 | Tempah |
| Perodua AruzSUV · Auto | Keluarga | 7 orang | RM212.00 | Tempah |
| Perodua AlzaMPV · Auto | Keluarga | 7 orang | RM243.80 | Tempah |
| Nissan SerenaMPV · Auto | Keluarga | 7–8 orang | RM392.20 | Tempah |
| Hyundai StarexVan · Auto | Rombongan | 11 orang | RM477.00 | Tempah |
| Honda AccordSedan eksekutif · Auto Turbo | Premium | 5 orang | RM477.00 | Tempah |
Harga bergantung pada tarikh, tempoh sewaan dan kereta yang masih ada. Minyak tidak termasuk. Deposit keselamatan dikenakan dan dipulangkan selepas kereta diterima semula. Untuk sebut harga rasmi, WhatsApp kami tarikh dan model kereta.
Kami bukan broker atas talian. Karisma Car Rental Sdn Bhd ialah syarikat tempatan yang telah berkhidmat kepada pelancong, keluarga dan pelanggan korporat di Lapangan Terbang Kota Bharu sejak 2002.
Keluar dari balai ketibaan, kaunter kami ada di situ. Tiada shuttle, tiada jumpa di tepi jalan, tiada tunggu lama.
Kenderaan dilindungi insurans komersial untuk sewaan, bukan insurans persendirian. Pilihan CDW juga tersedia.
Setiap kereta diservis mengikut jadual dan dibersihkan sebelum diserahkan. Bantuan disediakan jika berlaku masalah di jalan.
Tiada caj tersembunyi. Invois dan resit rasmi syarikat dikeluarkan untuk setiap tempahan.
Sebelum bayar deposit, fahami perbezaan antara pilihan pengangkutan di Kota Bharu.
| Perkara | Grab / e-hailing | Individu tanpa permit | Karisma Car Rental |
|---|---|---|---|
| Pandu sendiri | Dipandu orang lain | Ya | Ya, 24 jam |
| Permit sewa kereta APAD | Tidak berkaitan | Tiada | Sah |
| Insurans Hire & Drive | Ikut polisi e-hailing | Insurans persendirian | Perlindungan komersial |
| Kos trip jauh / banyak hentian | Meningkat ikut jarak | Murah, tetapi berisiko | Kadar tetap sehari |
| Kaunter di airport | Titik pickup aplikasi | Tiada | Arrival Hall LTSIP |
WhatsApp model kereta, tarikh dan masa ambil serta pulang. Sertakan nombor penerbangan jika berkaitan.
Kami semak kereta yang ada dan hantar sebut harga. Tempahan disahkan selepas bayaran.
Datang ke kaunter dengan IC atau pasport dan lesen memandu yang sah. Kereta sedia untuk dipandu.

Tak jumpa jawapan? Hubungi kami terus melalui WhatsApp.
Tanya kamiBoleh, jika ada kereta kosong. Tempahan awal sangat digalakkan terutama pada musim cuti sekolah, cuti umum dan perayaan.
Minimum 1 hari (24 jam).
Ya, semua kereta kami transmisi automatik.
Tidak. Minyak ditanggung penyewa. Kereta perlu dipulangkan dengan paras minyak yang sama seperti semasa diambil.
Jumlah deposit bergantung pada model kereta dan tempoh sewaan, dan dipulangkan selepas kereta diterima semula dalam keadaan baik.
Berikan nombor penerbangan semasa membuat tempahan dan maklumkan kami melalui WhatsApp. Waktu ambil akan diselaraskan.
Maklumkan destinasi semasa tempahan supaya kami boleh terangkan syarat yang berkaitan.
Sila hubungi kami terlebih dahulu untuk membincangkan pilihan penghantaran atau pemulangan di lokasi berbeza.
Tempah lebih awal untuk memastikan kereta pilihan anda tersedia. Kami membalas WhatsApp setiap hari, 7:30 pagi – 11:30 malam.